MB Selangor positif Covid-19

MB Selangor positif Covid-19

Amirudin Shari akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Amirudin Shari akan kembali bertugas secara rasmi mulai 8 Mac ini.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari disahkan positif Covid-19, selepas menjalani ujian RT-PCR hari ini.

Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan Amirudin akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau dijadualkan kembali bertugas secara rasmi mulai Selasa depan, iaitu 8 Mac ini,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Amirudin memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan memohon individu yang berurusan dengannya dalam tempoh 48 jam dahulu supaya menjalani ujian saringan Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.