40 kematian baharu Covid-19, 24,466 kes

40 kematian baharu Covid-19, 24,466 kes

Daripada jumlah kematian itu, 17 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 kini mencecah 32,674.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 40 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 24,466 kes Covid-19 termasuk 24,220 penularan tempatan dan 246 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, 17 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,674.

Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Johor dan Pulau Pinang (masing-masing lima), Sabah dan Perak (masing-masing empat), Kelantan dan Pahang (masing-masing tiga), Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Negeri Sembilan dan Terengganu (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 300,692 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 353 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 193 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 22,710 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 3,419,636.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.