43 kematian baharu Covid-19, 27,299 kes

43 kematian baharu Covid-19, 27,299 kes

Sebanyak 13 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

43 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan 13 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 43 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 27,299 kes Covid-19 dan termasuk 27,043 penularan tempatan dan 256 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, 13 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,634.

Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu sembilan kes, diikuti Selangor (lapan), Johor (tujuh), Perak (enam), Kedah (lima), Kelantan dan Pahang (masing-masing dua) serta Melaka, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 298,976 kes aktif dilaporkan, termasuk 348 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 203 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 22,710 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 3,395,170.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.