
Senarai sah semua enam calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya bagi DUN Larkin Abdul Rahman Salleh pada 10.30 pagi tadi.
Selain Rasid dan Zamil, empat lagi calon layak bertanding ialah Mohd Hairi Mad Shah mewakili Barisan Nasional (BN), Zulkifli Bujang (Perikatan Nasional), Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang) dan seorang calon Bebas Norramadan Buan.
Menurut Zamil, sebagai calon bertanding beliau sememangnya kecewa apabila MUDA turut meletakkan wakil untuk bertanding di DUN Larkin.
“Ini (MUDA letak calon) sepatutnya tak berlaku, tapi apa pun PKR terima dan hadapi semua tentangan siapa juga yang bertanding di DUN Larkin,” katanya yang turut menafikan berkongsi jentera dengan MUDA bagi kempen sepanjang PRN Johor.
Sementara itu, Rasid berkata MUDA tidak meletakkan fokus terhadap pertembungan dengan PKR.
“Pertembungan MUDA dengan PKR bukanlah fokus, tetapi MUDA yakin pembangkang masih boleh dapat sokongan,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di pusat penamaan calon Dewan JKR, di sini.