PRN Johor: PKR kecewa MUDA letak calon di Larkin, kata Anwar

PRN Johor: PKR kecewa MUDA letak calon di Larkin, kata Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, tidak ada masalah terhadap calon bertanding, namun masalah timbul di DUN Larkin membabitkan MUDA.

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan kekecewaannya dengan MUDA selepas parti baharu itu meletakkan calonnya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.
PETALING JAYA:
PKR kecewa dengan MUDA kerana meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, kata Presidennya, Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata PH tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor, tetapi masalah timbul di DUN Larkin membabitkan MUDA.

“Perkara ini akan diserahkan kepada rakyat untuk menilai daripada segi sokongan.

“Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli, itu yang rakyat perlukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Santai Petang Malaysia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson hari ini.

Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Anwar berkata, PH tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu.

“Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesaikan isu kerusi dengan beberapa parti komponen yang membabitkan PKR, DAP dan Amanah.

“Buat masa sekarang kita mahu tumpukan kawasan membabitkan parti dalam PH terlebih dulu,” katanya.

Terdahulu, dalam penamaan calon PRN Johor, calon MUDA, Rasid Abu Bakar sah bertanding di DUN Larkin, sekali gus bertembung dengan calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain.

Selain itu, empat lagi calon layak bertanding ialah Mohd Hairi Mad Shah mewakili Barisan Nasional (BN), Zulkifli Bujang (Perikatan Nasional), Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang) dan seorang calon Bebas Norramadan Buan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.