
Pengarah Kesihatan negeri Dr Rose Nani Mudin berkata, daripada analisis yang dijalankan, 48.4% daripada kematian terbabit terdiri daripada golongan berkenaan.
Katanya, 47 daripada 93 kematian berlaku di hospital manakala 46 membabitkan kematian luar hospital (BID).
“Majoriti BID tidak mendapat suntikan penggalak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan lonjakan kematian akibat Covid-19 di Sabah sejak 8 Feb.
Katanya, antara faktor penyumbang kepada BID disebabkan adalah orang ramai tidak mendapatkan rawatan, menganggap mereka hanya mengalami simptom ringan, dan pesakit tidak mahu mendapatkan bantuan perubatan.
Rose berkata, simptom utama yang dikenal pasti ialah hilang selera makan dan letih.
“Kira-kira 84% daripada 93 kematian mempunyai sejarah komorbiditi, seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kanser dan kegagalan buah pinggang,” katanya.
Oleh itu, beliau menggesa semua yang layak, terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti mereka yang berumur 60 tahun ke atas serta orang yang mempunyai komorbiditi, untuk segera mendapatkan suntikan vaksin utama dan suntikan penggalak mereka.
“Ibu bapa juga digesa membenarkan anak mereka yang berumur antara lima hingga 12 tahun untuk mendapatkan vaksin,” katanya.
Setakat semalam, Sabah merekodkan 2,944 kematian akibat Covid-19.