Pulih gejala Covid-19, Hishammuddin dibenar keluar hospital

Pulih gejala Covid-19, Hishammuddin dibenar keluar hospital

Menteri Pertahanan itu dijangkiti Covid-19 Isnin lepas dan dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sehari kemudian.

Hishammuddin Hussein akan terus menjalani isolasi di rumahnya berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan.
KUALA LUMPUR:
Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein yang menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif Covid-19, dibenarkan keluar dari hospital itu petang ini.

Beliau yang dijangkiti Covid-19 Isnin lepas, dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas itu.

Hishammuddin menerusi Twitter berkata, hasil penilaian mendapati gejala yang dialami beliau telah pulih dan pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatannya.

“Saya dibenarkan keluar wad petang ini. Namun, saya masih diwajibkan terus menjalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan HAT Tuanku Mizan yang telah menjaga dan merawat dengan sebaik mungkin, sepanjang saya menjalani isolasi di hospital ini. Saya juga hargai rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan kesembuhan saya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.