
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, masih terdapat 11 warganegara Malaysia di Ukraine.
“Saya dimaklumkan terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, 12 orang telah pulang ke tanah air, manakala 11 orang masih di sana.
“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam Twitter.
Ismail berkata, Malaysia berharap konflik antara Ukraine dan Rusia dapat diselesaikan secara damai.
Terdahulu, media hari ini melaporkan pasukan tentera darat Rusia memasuki Ukraine daripada pelbagai arah, beberapa jam selepas Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan serangan besar-besaran.
Putin mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan Barat dan negara lain supaya tidak berbuat demikian.
Beberapa jam selepas Rusia melancarkan serangan, AFP melaporkan Ukraine akhirnya “mengaku kalah”.
Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak dilaporkan berkata: “Kita sudah kalah. Di beberapa tempat, tentera Rusia sudah berkuasa.”