
Akan tetapi katanya, kontak rapat tanpa gejala itu perlu menjalani ujian RTK-Ag pada hari pertama dan ketiga.
Beliau berkata, kontak rapat yang mempunyai gejala dan sudah menerima dos penggalak, masih perlu menjalani kuarantin selama lima hari.
Kontak rapat yang bergejala perlu menjalani ujian RTK Antigen pada hari kelima dan hanya boleh dilepaskan daripada pengawasan dan pemerhatian rumah (HSO) sekiranya keputusan negatif.
“Jika positif, mereka perlu melaporkan keputusan ujian di MySejahtera. Individu terbabit akan mengikut prosedur pengurusan bagi kes positif,” katanya.
Khairy berkata mereka yang berumur 18 tahun ke atas, yang belum diberi vaksin sepenuhnya dan masih belum menerima dos penggalak perlu kuarantin sendiri selama tujuh hari.
Katanya, kontak rapat di bawah umur 18 tahun yang telah divaksin sepenuhnya, perlu menjalani HSO manakala mereka yang tidak vaksin sepenuhnya juga perlu dikuarantin sendiri selama tujuh hari.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa kontak rapat pesakit Covid-19 perlu kuarantin sendiri selama lima hari jika mereka telah menerima dos penggalak.
Mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya tetapi masih belum menerima dos penggalak perlu dikuarantin sendiri selama tujuh hari manakala mereka yang tidak divaksin sepenuhnya perlu menjalani kuarantin 10 hari.