
Peraturan baharu oleh jawatankuasa am itu berkuat kuasa 12 Feb lalu.
Ahli dan tetamu juga dilarang membawa alkohol ke premis itu.
Kakitangan pentadbiran kelab itu memberitahu FMT, larangan alkohol itu dilaksanakan bagi mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.
Setiausaha Kerajaan Selangor, Haris Kasim yang dilantik pada Nov 2021, pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum menjadi Datuk Bandar Shah Alam pada 2019.

Seorang ahli kanan yang bersama kelab itu sejak 1985, ketika dihubungi berkata, ramai ahli sangat kecewa dengan peraturan itu kerana ahlinya terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.
“Kenapa pengurusan tidak boleh mempertimbang mengurangkan waktu operasi supaya bar dibuka? Buat masa ini, kami hanya dibenarkan minum di tingkat atas. Hanya pendekkan waktu operasi untuk menunjukkan kelab ini terbuka kepada semua, bukan hanya individu tidak minum alkohol.
“Kami berharap keputusan itu akan dipertimbangkan semula.”
FMT sudah menghubungi Haris untuk mengulas.