Bayi 15 bulan maut leher tersangkut buaian

Bayi 15 bulan maut leher tersangkut buaian

Kejadian berlaku ketika mangsa ditidurkan di dalam bilik oleh pengasuh dalam kejadian kira-kira jam 3 petang di Seremban petang semalam.

Yuseri Yusoff tidak dapat menahan sebak sambil memangku jenazah anaknya untuk urusan pengebumian hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang bayi berusia 15 bulan dilaporkan maut di sebuah pusat jagaan selepas lehernya dipercayai tersangkut pada kain buaian dalam kejadian di Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, Seremban, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, kejadian berlaku ketika mangsa ditidurkan di dalam bilik oleh pengasuh pada kira-kira jam 3 petang.

“Kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.

“Pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Katanya, pengasuh kemudiannya terus mengambil mangsa dari buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) namun gagal sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan.

“Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.