
Tertuduh, Nur Suhada Saad, 32, membuat pengakuan itu sebaik semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Ibrahim Osman.
Ibrahim menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atas setiap pertuduhan dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Menurut laporan Kosmo, tertuduh membayar denda yang dikenakan ke atasnya.
Dia didakwa menggunakan dokumen, iaitu “application form”, “instruction letter” dan senarai pembayaran gaji sebagai tulen untuk pembayaran gaji kepadanya dengan jumlah kenaikan gaji dipalsukan sebanyak RM1,214.75 bagi kelima-lima pertuduhan dihadapi.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Bank Islam, Kompleks PKENPs, Kangar pada 17 April, 13 Mei, 18 Jun, 13 Julai dan 5 Ogos 2020.