Lelaki kelar teman wanita hingga mati menyerah diri

Lelaki kelar teman wanita hingga mati menyerah diri

Pemandu lori berusia 33 tahun itu menyerah diri dan mengaku terbabit dalam kejadian.

Polis berkata soal siasat mendapati suspek bertindak demikian dipercayai kerana cemburu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang pemandu lori hari ini selepas mengaku menyebabkan kematian teman wanitanya dalam pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Jalan SP 2/2, Serdang Perdana, malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, AA Anbalagan, berkata lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sekitar 11.30 pagi untuk menyerah diri.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes disiasat dan motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu.

“Suspek berusia 33 tahun bekerja sebagai pemandu lori menetap di Taman Muhibbah, Seri Kembangan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemilik kedai peralatan keselamatan maut dipercayai dikelar di lehernya.

Siasatan awal mendapati mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 29 tahun dilaporkan bergaduh dengan seseorang di lokasi kejadian.

Anbalagan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.