Exco Kelantan, isteri dirawat di ICU selepas positif Covid-19

Exco Kelantan, isteri dirawat di ICU selepas positif Covid-19

Pasangan itu sedang dirawat di ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Dr Izani Husin disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lalu. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lepas.

Menurut kenyataan media pejabatnya di laman Facebook, beliau kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

“Semoga Allah memberi kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu semalam.

Sementara itu, anak Izani, Shahid memaklumkan ibu bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Semoga Allah memberi kekuatan untuk ayah dan umi yang diuji dengan Covid-19. Sekarang (mereka) dirawat di ICU HRPZ II…Sama-sama doakan kesihatan ayah (dan) umi,” katanya dalam catatan di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.