Bazar Aidilfitri Lorong TAR akan operasi seperti biasa

Bazar Aidilfitri Lorong TAR akan operasi seperti biasa

Datuk Bandar Kuala Lumpur berkata, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar itu, termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan terbabit.

Tahun ini, bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan mulai 1 Ramadan ini.
KUALA LUMPUR:
Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah bagaimanapun berkata, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas, termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

“Namun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 di Panggung Anniversari.

Tahun ini, bazar Aidilfitri di Lorong TAR mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan ini.

Mahadi berkata, walaupun terdapat kelonggaran SOP, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga menyebabkan penularan Covid-19 di kawasan tersebut.

“Kalau berlaku pada tahap perlu ditutup, maka kita terpaksa menutupnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mematuhi SOP dan tidak menyebabkan penyebaran kluster baharu.”

Beliau berkata, DBKL juga sedang menguruskan permohonan persatuan penjaja yang berhasrat mengadakan bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.