Syed Hamid Albar ‘pencen’, umum tak mahu lagi terlibat politik

Syed Hamid Albar ‘pencen’, umum tak mahu lagi terlibat politik

Beliau berkata, akan menumpukan masa dengan amalan guaman dan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO).

Bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar, menyatakan tidak lagi mahu terlibat atau menjadi ahli mana-mana parti politik.
PETALING JAYA:
Syed Hamid Albar, hari ini, mengumumkan beliau tidak lagi mahu terlibat dengan mana-mana parti politik.

“Alhamdulillah hari Jumaat ini saya telah membuat keputusan tidak terlibat atau menjadi ahli mana-mana parti politik.

“Saya akan menumpukan masa saya dengan kerja-kerja amalan guaman dan aktiviti NGO. InsyaAllah diberikan Allah taufiq dan hidayah,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Syed Hamid menyertai Bersatu dan dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan parti itu.

Syed Hamid dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi, pada 1990, selain mempertahankan kerusi itu selama lima penggal sebelum mengumumkan enggan mempertahankan kerusi berkenaan pada 2013.

Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri dan pernah memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.