
“Tiada perancangan untuk dos keempat vaksin Covid-19 buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) fokus pemberian dos penggalak,” katanya merujuk dos ketiga dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM menyasarkan suntikan penggalak kedua susulan penularan varian Omicron.
Sebelum ini, Khairy mempertahankan kajian KKM mengenai keperluan dos penggalak kedua bagi golongan tertentu, dengan menyatakan ia dilakukan susulan kemunculan penemuan saintifik terbaharu.
“Buat masa ini, kami tahu dos penggalak diperlukan…(dan) kami menjalankan kajian dari semasa ke semasa bila data saintifik baharu muncul,” katanya di Twitter.
“Yang penting, respons kita ikut data baharu. Inilah yang dimaksudkan respons berasaskan bukti,” katanya.
Helpdesk fizikal
Khairy berkata, Helpdesk secara fizikal akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah teknikal berkaitan aplikasi MySejahtera.
Katanya, Helpdesk itu akan mula beroperasi di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada 19 Feb dan PPV IDCC Shah Alam pada 26 Feb ini.
“Orang ramai yang ada masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke Helpdesk fizikal ini.”