
Dua lelaki berkenaan membabitkan seorang warga Malaysia, Pausi Jefridin dan rakyat Singapura, Roslan Bakar, sepatutnya dijadual berdepan hukuman itu, semalam.
Dalam hantaran di Facebook, hari ini, peguam, M Ravi, mendedahkan surat daripada jabatan penjara memaklumkan kepada pihak keluarga kedua-dua lelaki itu berhubung penangguhan hukuman mati.
Kedua-duanya dijadual dihukum mati, semalam, namun diberikan penangguhan sementara sebelum ini bagi menunggu proses rayuan. Bagaimanapun, rayuan mereka ditolak.
Peguam kepada kedua-dua mereka memfailkan permohonan mencabar sama ada hukuman mati berperlembagaan.
Pausi berasal dari Sabah, adalah lelaki lembam. Dia dan Roslan dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah pada 2010.