Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman 7 hari

Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman 7 hari

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan di Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek merupakan penagih dadah dan mengalami masalah mental, kata polis. (Gambar PDRM)
KOTA BHARU:
Lelaki yang disyaki menetak ibu tirinya hingga terputus leher dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, di Gua Musang, petang semalam, direman tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan Zaman Mohd Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini.

“Perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas lehernya ditetak hingga putus oleh anak tirinya di rumah mereka.

Suspek kemudian hadir ke Balai Polis Bertam pada 4.45 petang dan memaklumkan telah membunuh ibu tirinya menggunakan parang.

Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.