
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, bagaimanapun mengakui siasatan isu LCS agak sukar kerana ia membabitkan kes lama melebihi 10 tahun lalu.
“Kita buka tiga kertas siasatan berhubung kes ini dan siasatan masih berjalan namun ada kekangan kerana kes ini bermula 2009 hingga 2010 dan 2010.
“Ada juga dokumen berada di luar negara yang perlu kita ambil.
“Kita sudah mengemukakan aspek undang-undang termasuk MLA kerana ia diperlukan dalam siasatan sedemikian,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Bulan lalu, SPRM menahan dua ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam kapal LCS kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran kepada tiga syarikat di luar negara.