BP Healthcare tawar saringan Covid-19 mudah untuk pengembara

BP Healthcare tawar saringan Covid-19 mudah untuk pengembara

Rakyat yang sudah menerima vaksin lengkap mesti menjalani ujian sebelum berlepas dan selepas ketibaan.

Wakil daripada BP Healthcare Group dilatih untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan lancar kepada penumpang yang memilih ujian saringan Covid-19 di KLIA dan klia2.
PETALING JAYA:
Lapangan terbang menjadi pintu yang penting untuk menghentikan penularan virus Covid-19, ketika setiap negara mengenakan peraturan ketat terutama ke atas pengembara.

Oleh itu, saringan di lapangan terbang amat penting dan dilaksanakan di negara ini.

Rakyat yang sudah menerima vaksin lengkap dibenarkan mengembara bermula 11 Okto 2021, dengan syarat mereka menjalani ujian sebelum berlepas dan selepas ketibaan.

Sekiranya ada pernah keluar negara dalam beberapa bulan lalu, anda mungkin ada bertemu wakil dari BP Healthcare Group di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 yang sedia membantu anda di pusat-pusat saringannya.

Penyedia penjagaan kesihatan itu dilantik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tahun lepas dan merancang untuk mengadakan lima tempat saringan di KLIA dan tiga di klia2.

BP Healthcare Group menawarkan empat jenis ujian dengan keputusan cepat pantas dan semuanya dikendalikan secara profesional.

“Kita ada kapasiti untuk menjalankan 45,000 ujian sehari ini, dan ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk membuka sempadan dengan selamat.

“Ini termasuklah penumpang Singapore-Malaysia Vaccinated Travel Lane (VTL) dan Langkawi Travel Bubble (LTB), yang mana pengembara harus menjalani ujian di kemudahan saringan kami sebaik tiba di Malaysia agar perjalanan mereka bebas kuarantin,” kata penyedia itu.

BP Healthcare menawarkan empat jenis ujian dengan putaran masa yang cepat, termasuk ujian RT-PCR segera, yang memberikan hasil ujian dalam tempoh satu jam setengah yang disarankan untuk penumpang VTL dan LTB, serta RT-PCR biasa, yang akan memberikan hasil dalam tempoh sehingga tiga jam.

“Ujian RTK-Antigen adalah wajib untuk penumpang bergejala, ia mengambil masa hanya 15 minit untuk mendapat keputusan, manakala ujian antibodi adalah pilihan dan keputusannya akan mengambil masa 30 minit.

Makmal di tapak BP Healthcare Group memastikan keputusan ujian Covid-19 diperolehi dengan cepat.

“Bonus tambahan dalam perkhidmatan BP Healthcare ialah pusat pemeriksaan di Pintu 1 KLIA, yang dilengkapi dengan kemudahan terkini termasuk pengimbas haba, makmal di lokasi dan ruang menunggu yang selesa dengan akses WiFi, penyewaan WiFi mudah alih dan perkhidmatan kad SIM serta perkhidmatan makanan dan minuman,” katanya.

Ujian PCR berharga RM250 untuk rakyat Malaysia dan RM350 untuk warga asing, manakala ujian PCR pantas berharga RM370 untuk rakyat Malaysia dan RM470 untuk warga asing.

Tambahnya lagi, penumpang boleh membuat pra-tempahan ujian mereka sebelum tiba di Malaysia melalui aplikasi mudah alih Doctor2U atau laman webnya, https://airport.doctor2u.my.

Bagi mereka yang berlepas dari KLIA atau klia2, ujian boleh diambil di kemudahan saringan yang ditetapkan, manakala keputusan boleh didapati melalui WhatsApp, e-mel atau Aplikasi Doctor2U.

Lokasi semasa di mana ujian disediakan ialah di Balai Ketibaan Pintu 1 dan Pintu 10 (SG-MY VTL) di Aras 4 KLIA dan Pintu P4 di Aras 2 klia2.

Ujian untuk berlepas akan disediakan di Aras 5 KLIA, berdekatan Kaunter daftar masuk Z di Aras 3 klia2.

Pelancong boleh menempah ujian Covid-19 mereka di reruai pendaftaran BP Healthcare Group di KLIA dan klia2.

Sementara itu, pengguna kad Enrich boleh mendapatkan mata sekiranya mereka membuat pembelian peralatan ujian daripada Doctor2U di tapak lapangan tebang sehingga 29 Nov.

“Selain itu, pengguna Touch ‘n Go juga akan dapat menikmati pulangan tunai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam e-dompet untuk pembelian yang dibuat pada Program Mini BP Healthcare sepanjang tempoh kempen, yang bermula dari sekarang hingga 31 Mei,” ujarnya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan tersebut, hubungi BP Healthcare melalui telefon atau WhatsApp di +6012-615-5200 (8am–8pm) atau +6012-638-8525 (8pm–8am), atau melalui e-mel di [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.