
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang daripada mereka ditahan semalam, manakala tiga lagi hari ini.
“Semua suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an direman sehingga 22 Feb dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.
Semalam mayat seorang lelaki yang berusia lewat 40-an ditemui oleh anggota bomba, yang sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di bangunan terbiar berkenaan pada jam pukul 7 pagi.
Anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran itu menjumpai mayat lelaki berkenaan di bawah tilam dan sofa yang dibakar di sebuah bilik di tingkat atas bangunan itu.