
Ketua Polis Daerah Langkawi, Shariman Ashari, berkata sampel hasil bedah siasat ke atas mayat dua beradik itu sudah dihantar ke makmal Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk untuk dianalisis.
Beliau berkata proses itu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dua beradik lelaki warga Myanmar berkenaan.
“Bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Punca kematian sebenar masih belum dapat dipastikan dan perlu menunggu analisisi lanjut,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan polis terpaksa menggunakan khidmat jurubahasa kerana bapa kanak-kanak terbabit tidak fasih berbahasa Melayu.
Mangsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang.
Susulan itu, bapa kanak-kanak terbabit berusia 36 tahun ditahan tengah malam hari kejadian selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah.