
Sebaliknya beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, rakyat akan menilai setiap apa yang dilakukan seseorang ahli politik, bukan sahaja dari segi perbuatan tetapi juga dari segi percakapan mereka.
“Saya betul tiada komen, seseorang ahli politik bebas untuk bersuara tetapi rakyat akan menilai, bukan sahaja apa yang dilakukan mereka tetapi juga apa yang dikatakan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada kenyataan Zahid itu hanya dibuat susulan PRN Johor akan datang, Masidi berkata, ia sukar dijangka.
“Saya betul tidak tahu, kadang-kadang ahli politik ini lucu juga, mereka berkata mengenai perkara yang kita tidak jangka,” katanya.
Sabtu lalu, Zahid memberi amaran kepada parti komponen BN Sabah supaya “tidak ditipu lagi” dengan merujuk kesilapan partinya mempercayai PN pada PRN Sabah lalu.
Katanya, mengambil kira BN sudah kembali kuat, parti komponen BN di negeri berkenaan, terutama Umno dan PBRS perlu memastikan “ular tidak mematuk lagi” sekiranya berhasrat untuk kembali berkuasa di Sabah.