Dos penggalak Sinovac tersedia di semua PPV offsite mulai Isnin

Dos penggalak Sinovac tersedia di semua PPV offsite mulai Isnin

ProtectHealth berkata ia selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan sebelum ini bahawa semua penerima vaksin Covid-19 Sinovac kini boleh memilih dos vaksin ketiga mereka.

ProtectHealth berkata dos penggalak Sinovac akan diberikan secara percuma di semua pusat pemberian vaksin (PPV) offsite.
PETALING JAYA:
Dos penggalak vaksin jenis Sinovac akan tersedia di semua pusat pemberian vaksin (PPV) offsite mulai Isnin, kata ProtectHealth Corp Sdn Bhd (ProtectHealth).

Syarikat itu berkata ia selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 7 Feb bahawa semua penerima vaksin Covid-19 Sinovac kini boleh memilih dos vaksin ketiga pilihan mereka.

“Mereka yang layak menerima dos penggalak dan mahu mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh menyemak senarai PPV offsite di laman web ProtectHealth,” tambahnya dalam kenyataan.

ProtectHealth berkata dos penggalak Sinovac akan diberikan secara percuma di semua PPV offsite.

Isnin lalu, Khairy mengumumkan sejumlah 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac masih belum mendapatkan suntikan penggalak, dengan berkata golongan itu terdedah kepada jangkitan varian Omicron.

“Mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer,” katanya dalam sidang media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.