
Mereka adalah petugas media yang membuat liputan semasa mengenai PRN itu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, bulan lalu.
Presiden Kelab Media Johor (KMJ) Mohamad Fauzi Ishak, berkata perkembangan itu agak membimbangkan, namun petugas media dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan.
“Berikutan perkembangan itu, KMJ akan mengedarkan kit Ujian Kendiri Rapid Antigen (RTK-Ag) kepada petugas media Johor yang membuat liputan PRN Johor sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga.
“Ia akan diedarkan sebelum hari penamaan calon bagi membolehkan petugas media bersedia dan membuat ujian kendiri sebelum keluar bertugas.
“Petugas media juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan melakukan ujian kendiri secara rawak. Jika tidak sihat, dinasihatkan petugas media tidak keluar membuat liputan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Dalam pada itu, Fauzi berkata, KMJ sebelum ini turut aktif mengedarkan kit ujian kendiri Covid-19, cecair pembasmi kuman selain pelitup muka kepada petugas media Johor sebagai inisiatif berterusan kelab itu.
“Sejak tahun lalu KMJ sudah mengedarkan kelengkapan berkenaan kepada petugas media Johor dengan terbaru sebanyak 1,500 kit ujian kendiri Covid-19 diedarkan kepada kira-kira 140 petugas media Johor, sejak Oktober lalu.