Polis buru lelaki bantu siasatan kes remaja tikam bayi

Polis buru lelaki bantu siasatan kes remaja tikam bayi

Lelaki berusia 20 tahun itu menghilangkan diri dari rumahnya di Bandar Seri Bandi dan dipercayai melarikan diri ke bahagian utara Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, polis meminta Mohammad Hazuarie Hassan menyerah diri untuk membantu siasatan namun sehingga kini lelaki itu belum berbuat demikian.
PETALING JAYA:
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes memperkosa seorang remaja dan bayi ditikam ibunya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, lelaki itu dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan dan dipercayai boleh membantu siasatan kes berkaitan pembunuhan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dipercayai ditikam ibunya berusia 15 tahun.

Katanya, polis sebelum ini telah meminta Hazuarie menyerah diri bagi membantu siasatan namun sehingga kini pemuda itu belum berbuat demikian.

“Kita minta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu berada,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Hanyan berkata, polis telah berusaha mengesan lelaki itu termasuk ke rumahnya di Bandar Seri Bandi tetapi dia tidak berada di situ.

“Kita percaya dia telah melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesannya,” katanya.

“Orang ramai yang mengenali dan mengetahui maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Muhammad Afif Mohd Amin ditalian 012 6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.