
Bagaimanapun tertuduh, Muhamad Ridzuan Rawther, 33; Rais Ahmad Mohamed Hussain, 38; Anwar Ibrahim Noorkan, 39; Jamil Kader Gani, 36; Mohamad Khrom Mohamad Salam, 32 dan Ridzuan Mohamnad Salam, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di medan selera Medan Renong di Padang Kota Lama pada 1 Feb, jam 11.40 malam.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan mengambil kira tahap kesalahan itu.
Namun peguam, Anil Singh Khera memohon supaya jumlah itu dikurangkan memandangkan tertuduh hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan dan perlu menyara keluarga.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mac depan untuk pengurusan kes.
Semua enam tertuduh membayar ikat jamin.