Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10

Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10

Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz, tetapi disahkan meninggal dunia di sana.

Polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berseorangan di rumah dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima hingga enam tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa berseorangan di rumah dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi.

“Usaha menyelamatkan mangsa dijalankan pada 9.45 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM,” katanya dalam kenyataan.

Zaid berkata, kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Faeez Norzah di talian 013 2773407.

Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengabaikan kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.