PRN Johor: Sikap tak peduli pengundi baharu membimbangkan BN

PRN Johor: Sikap tak peduli pengundi baharu membimbangkan BN

Mohamad Hasan berkata majoriti pengundi baharu sudah berumur 21 tahun ke atas, tetapi tidak mendaftar atau tidak keluar mengundi sebelum ini.

Mohamad Hasan berkata, sikap tidak peduli dalam kalangan pengundi baharu yang layak memilih adalah isu amat besar bagi semua parti, bukan BN sahaja.
KUALA LUMPUR:
Sikap tidak peduli dalam kalangan pengundi baharu yang layak memilih pada pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti merupakan cabaran amat besar bagi Barisan Nasional, kata Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, terdapat lebih kurang 750,000 pengundi baharu, di samping 1.8 juta pengundi yang memilih pada PRU 2018.

“Majoritinya pengundi yang dah berumur 21 tahun ke atas. Maknanya, selama ini mereka ini mempunyai sikap tidak peduli – tak nak mendaftar dan tidak keluar mengundi,” katanya kepada wakil media pada satu pertemuan tertutup.

“Ia merupakan satu isu yang amat besar bagi semua parti, bukan BN sahaja.”

Dalam pada itu katanya, pengundi berusia 18-21 tahun pula kurang daripada 30%.

Ditanya mengenai persiapan BN, Mohamad memaklumkan bahawa Umno sudah menyenarai pendek calon yang boleh diketengahkan pada PRN kali ini.

“Saya dengar khabar rakan-rakan komponen sudah berbuat demikian,” tambahnya.

Mohamad berkata, BN akan menumpukan kepada zon di utara Johor, merangkumi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan BN sekadar menang dua kerusi pada PRU lepas.

“Banyak juga kita kalah tipis,” katanya.

Mohamad menyasarkan 12 kerusi di zon itu pada PRN kali ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.