Jangkitan Covid-19 di Sabah lepasi tahap 2,000 kes

Jangkitan Covid-19 di Sabah lepasi tahap 2,000 kes

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, jumlah jangkitan meningkat sebanyak 469 kes berbanding semalam.

Sabah mencatatkan 2,609 kes Covid-19 hari ini, meningkat sebanyak 469 kes berbanding semalam.
KOTA KINABALU:
Kes Covid-19 di Sabah terus melambung dan melepasi angka 2,000 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu meningkat sebanyak 469 kes berbanding semalam.

“‘Siling’ 2,000 pecah! Kes baharu melepasi angka 2,000 dengan 2,609 (kes hari ini).

“Selain Sandakan, Kalabakan dan Tongod, semua daerah lain mencatatkan peningkatan, iaitu Kota Kinabalu mencatatkan 395 kes, Tuaran (192), Papar (161), Penampang (161), Lahad Datu (137) dan Tawau (133),” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, 99.37% kes baharu itu adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.