

Lim berkata, Pakatan Harapan (PH) akan menuntut Ismail dan pentadbirannya berundur, sekiranya Putrajaya sentiasa mengubah atau mengambil langkah ke belakang berhubung SOP Covid-19.
“Kerajaan sepatutnya mengambil contoh Barat dalam melonggarkan pendekatan atau pelaksanaan SOP ketat,” katanya menurut laporan Sin Chew Daily.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, sekiranya kerajaan memutuskan pelaksanaan SOP lebih ketat, ia sepatutnya dilaksanakan secara konsisten atau berisiko kehilangan kepercayaan rakyat.
Lim berkata, walaupun varian Covid-19 Omicron kurang mengundang bahaya berbanding varian Delta, ia sepatutnya tidak dipandang remeh.
Ahli Parlimen Bagan itu juga menyeru pihak berkuasa tidak sewenang-wenangnya mendenda orang awam yang melanggar SOP, sebaliknya fokus menggunakan pendekatan mendidik bagi mematuhi SOP ditetapkan.