Banjir di Pitas semakin pulih

Banjir di Pitas semakin pulih

Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS sehingga jam 6 petang ini juga menurun kepada 583 orang berbanding 719 mangsa setakat pagi tadi.

Pasukan APM membantu memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir di Pitas. (Gambar APM Sabah)
KOTA KINABALU:
Keadaan banjir di Pitas kini semakin pulih selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu ditutup, tengah hari tadi.

Dua PPS berkenaan adalah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll dan Dewan SK Rukom.

Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS sehingga jam 6 petang ini juga menurun kepada 583 orang membabitkan 190 keluarga berbanding 719 mangsa daripada 236 keluarga setakat pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, PPS Dewan Kampung Sinukab kekal merekodkan seramai 510 mangsa banjir meliputi 170 keluarga.

Keadaan banjir di Pitas dilaporkan semakin pulih. (Gambar APM Sabah)

“Seramai 73 mangsa melibatkan 20 keluarga lagi masih berada di PPS Kampung Kusilad.

“Bagaimanapun, kami mengingatkan penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada.

“Selain itu, kami juga menasihatkan supaya penduduk peka dengan perkembangan keadaan cuaca semasa berikutan ia tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.