
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, semua mangsa terbabit kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berasingan,iaitu di SK Pekan Pitas 2, Dewan SK Rukom dan Dewan Kampung Kunsilad.
Katanya, sebanyak enam kampung di daerah berkenaan terjejas banjir sejak semalam, iaitu di Kampung Tambilidon, Kalumpang, Taka, Saab Darat, Rukom Ulu dan Kusilad.
“Semua mangsa dipindahkan dalah daripada 97 keluarga membabitkan 81 lelaki dewasa, 118 perempuan dewasa, 56 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan.
“Selain di Pitas, turut dilaporkan banjir ialah di Kudat namun setakat ini tiada PPS dibuka kerana paras air masih terkawal dan selamat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihak APM bersama agensi lain kini giat menjalankan operasi menyelamat selain memantau keadaan bagi memastikan tiada kejadian lebih buruk berlaku.