
Beliau berkata, langkah Ini bukan sahaja akan memberi nafas baharu kepada parti, tetapi juga sebagai satu keputusan yang strategik.
“Tanda aras 30% calon wanita ini boleh memberi kelebihan kepada parti untuk mendapat sokongan wanita dan orang muda.
“Pemilihan lebih ramai wanita sebagai calon juga akan memberi semangat yang lebih kepada jentera wanita bekerja” katanya di Facebook.
Mastura berkata, sudah menjadi rahsia umum bahawa wanita Umno antara senjata parti paling ampuh setiap kali pilihan raya.
Katanya, pemilihan calon wanita haruslah berdasarkan merit dan kebolehan untuk menjadi wakil rakyat, bukan sekadar kerana kedudukan dalam parti dan lobi politik.
“Dengan kata lain, biarlah pemilihan calon wanita untuk BN mencerminkan keupayaan dan kebolehan sebenar wanita negara.
“Insya-Allah kita mempunyai ramai wanita Johor yang berkebolehan dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negeri Johor jika diberi kepercayaan. Moga dipermudahkan,” katanya.
Menurut beliau lagi, berdasarkan daftar pemilih lalu, seramai 912,121 orang adalah pengundi lelaki manakala wanita 937,463 orang.
Katanya, walaupun kini jumlah pengundi di Johor telah meningkat kepada sekitar 2.5 juta orang, nisbah antara lelaki dan wanita adalah seimbang.
“Dengan jumlah pengundi yang seimbang ini, memperuntukan sekitar 30% calon PRN Johor dalam kalangan wanita bukan sesuatu yang terlalu besar untuk dipertimbangkan,” katanya.
Katanya, walaupun kerajaan berjaya meningkatkan partisipasi wanita lebih 30% dalam sektor awam, namun ia adalah sia-sia jika tidak dilaksanakan dalam kumpulan pembuat polisi terpenting negara iaitu wakil rakyat, sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahu pun Ahli Parlimen.