‘Pakar’ senjata api buatan sendiri ditahan di Beaufort

‘Pakar’ senjata api buatan sendiri ditahan di Beaufort

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan bersama selaras senapang jenis bakakuk dan beberapa lagi peralatan membuat senjata api.

Suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut, dan polis akan memohon dia direman mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.  (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang dipercayai “pakar” membuat senjata api buatan sendiri ditahan dalam serbuan polis di Kampung Pansong, Beaufort, semalam.

Ketua Polis Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, operasi dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan dalam operasi pada 2.30 petang bersama selaras senapang jenis bakakuk dan beberapa lagi peralatan membuat senjata api, yang turut dirampas polis.

“Sejurus ditahan, suspek mengaku menyimpan senjata api dan peralatan membuat senjata api di rumahnya,” kata Yusoff Zaki, menurut laporan Berita Harian.

Suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut, dan polis akan memohon dia direman mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.