Mohon sendiri ambil pekerja asing, tak perlu guna agensi, menteri ingatkan majikan

Mohon sendiri ambil pekerja asing, tak perlu guna agensi, menteri ingatkan majikan

Perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan pengambilan pekerja asing bagi pihak majikan, kata M Saravanan.

Permohonan dalam talian bagi pengambilan pekerja asing seramai 32,000 orang untuk kuota sektor perladangan secara pengecualian khas telah dibuka bermula 28 Jan.
PETALING JAYA:
Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengingatkan majikan yang ingin mengambil pekerja asing bagi sektor perladangan kelapa sawit untuk mengisi sendiri permohonan tanpa menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta.

“Perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan penggajian pekerja warga asing bagi pihak majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya menerima 7,500 permohonan pekerja asing bagi sektor perladangan kelapa sawit secara pengecualian khas sejak 28 Jan hingga semalam.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan kerana dibuat majikan yang tidak layak menggajikan pekerja asing, aitu syarikat koperasi dan syarikat penyumberan luar.

Tambahnya, kementeriannya turut akan menerima permohonan daripada majikan dalam sektor lain mulai 15 Feb.

Terdahulu, Saravanan dilaporkan berkata, permohonan menerusi laman web bagi pengambilan pekerja asing seramai 32,000 orang untuk kuota sektor perladangan secara pengecualian khas dibuka bermula 28 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.