Kini boleh bayar guna e-dompet untuk perkhidmatan kerajaan

Kini boleh bayar guna e-dompet untuk perkhidmatan kerajaan

Kumpulan pengguna bagaimanapun berkata, kerajaan perlu menyediakan pilihan untuk mereka yang mahu membayar secara manual.

Menurut pekeliling Perbendaharaan, e-dompet akan diterima untuk transaksi di kaunter dan dalam talian bagi perkhidmatan semua kementerian persekutuan dan jabatannya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bayaran e-dompet kini diterima untuk transaksi di semua kementerian persekutuan dan jabatannya, menurut pekeliling Perbendaharaan.

Menurut notis yang dikeluarkan pada 21 Jan itu, e-dompet akan diterima untuk transaksi di kaunter dan dalam talian. Walau bagaimanapun, badan berkanun persekutuan dan kerajaan negeri boleh memilih untuk tidak terlibat.

Caj perkhidmatan akan ditanggung oleh kerajaan kecuali resit bukan hasil, seperti bayaran balik pinjaman, yang akan ditanggung oleh pembayar.

Pekeliling itu juga menyatakan bahawa penyedia perkhidmatan e-dompet hanya boleh mengenakan caj sehingga 0.5% daripada nilai transaksi sebagai caj perkhidmatan.

Persatuan pengguna mengalu-alukan inisiatif ini tetapi menggesa agar pilihan disediakan bagi mereka yang mahu membayar secara manual.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Saravanan Thambirajah berkata, ramai orang telah mula menggunakan e-dompet dan semakin biasa dengan kaedah itu.

Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia Darshan Singh Dhillon berkata, kerajaan mesti memastikan data peribadi pengguna dilindungi dan tidak disalah gunakan dalam apa cara sekalipun.

Semua aduan membabitkan urus niaga, seperti bayaran balik atau urus niaga tidak sah, mesti ditangani dengan segera oleh kerajaan atau jabatan berkaitan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.