
Menerusi surat yang diedarkan kepada pekerja pada Jumaat, syarikat itu turut bersetuju untuk membayar sebahagian daripada bayaran pengambilan pekerja yang dibuat kepada ejen, dan faedah atas bayaran pengambilan lalu, kata aktivis Andy Hall.
Beliau berkata, surat itu menyebut syarikat berkenaan juga akan membayar ex-gratia kepada pekerja semasa dan bekas pekerja untuk sebarang kos berkaitan atau kerugian kewangan yang ditanggung semasa bekerja dengan syarikat terbabit.
Hall berkata pembayaran pampasan itu menyusul selepas penyalahgunaan serius berlaku bertahun-tahun. Beliau mendakwa, pekerja dikenakan denda dan potongan besar daripada gaji mereka.
Syarikat itu dikenakan larangan import oleh Jabatan Kastam AS tahun lepas atas dakwaan amalan buruh paksa dalam kalangan tenaga kerja migrannya dan pelanggaran undang-undang perdagangan AS.
Apabila dihubungi FMT, syarikat itu berkata, ia akan memberi komen tidak lama lagi.