
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira pukul 10.45 pagi.
“Polis turut mengesan seorang wanita tempatan berumur 33 tahun yang membuat laporan orang hilang dipercayai waris warga emas itu kerana mengecam pakaian yang dipakai oleh si mati,” katanya, menurut laporan Bernama.
Sohaimi berkata, wanita tempatan itu juga sebelum ini dipercayai tinggal bersama dengan si mati.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR). Mayat warga asing itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Saiful Bahri Safar dalam kenyataan berasingan berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mengangkat mayat daripada pihak polis pada 12.11 tengah hari.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa wanita dewasa berada di permukaan sungai dengan jarak 10 meter dari tebing,” katanya.