1,243 penolong pegawai perubatan tamat kontrak semalam, disambung khidmat

1,243 penolong pegawai perubatan tamat kontrak semalam, disambung khidmat

Tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak pada 2022 akan dibuat secara berfasa.

Sebelum ini, penolong pegawai perubatan ada merancang melakukan bantahan menyamai kumpulan doktor kontrak tahun lalu, sebagai menuntut kontrak mereka disambung.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melanjutkan perkhidmatan penolong pegawai perubatan selepas tempoh kontrak mereka tamat, bermula semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Shafiq Abdullah, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersetuju pada penghujung bulan lalu untuk meluluskan pelantikan semula kontrak seramai 1,243 penolong pegawai perubatan Gred U29.

Katanya dalam kenyataan, kumpulan lantikan itu dalam kalangan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak, pada 2 Feb.

Katanya, pemakluman berhubung pelanjutan kontrak berkenaan sudah dimaklumkan kepada Ketua Jabatan.

Shafiq berkata, tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak pada 2022 akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan SPA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.