Teliti ‘kemusnahan politik’, Pemuda Umno WP beritahu kerajaan

Teliti ‘kemusnahan politik’, Pemuda Umno WP beritahu kerajaan

Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata politik yang keterlaluan ketika ini memberi kesan buruk kepada kerajaan, terutama dalam proses membuat keputusan.

Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, ugutan Bersatu dan PAS baru-baru ini untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri adalah contoh mengapa negara memerlukan mandat baharu daripada rakyat. (Gambar Bernama
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Pemuda Umno memberi amaran bahawa negara kini berada di tengah-tengah “kemusnahan politik” dan jika dibiarkan akan memberi kesan yang serius.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi, berkata, politik yang keterlaluan ketika ini memberi kesan buruk kepada kerajaan, terutama dalam proses membuat keputusan.

Justeru Nizham meminta kerajaan menilai semula kedudukannya bagi memastikan semua keputusan dibuat demi kepentingan orang ramai.

“Kerajaan berada dalam situasi yang mencabar berikutan perpecahan parti politik dan ini menjejaskan keupayaan kerajaan untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nizham berkata, ketika negara sibuk berpolitik, negara seperti Indonesia, Vietnam dan juga Myanmar mengambil kesempatan daripada konflik politik untuk menarik pelabur asing.

“Kita berada di tengah-tengah kemusnahan politik. Lebih lama kita tunggu, lebih teruk keadaan negara ini,” katanya.

Nizham, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, berkata, ugutan Bersatu dan PAS baru-baru ini untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri adalah contoh mengapa negara memerlukan mandat baharu daripada rakyat.

“Pada pandangan kami, amaran ini bukan ancaman kepada BN, ia adalah ancaman kepada rakyat dan demokrasi,” katanya.

Beliau menambah bahawa pimpinan Bersatu menunjukkan keangkuhan hanya kerana ia membentuk blok terbesar dalam kerajaan.

“Ini perlu dihentikan. Mandat baharu diperlukan untuk negara supaya kita tidak ketinggalan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.