
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, semua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada 1 pagi selepas memberi keterangan di pejabat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 25 Jan lalu.
“Video penganjuran majlis berkenaan tular di laman sosial sebelum polis mengenal pasti 30 individu terdiri daripada 28 lelaki dan dua wanita yang hadir pada majlis itu, termasuk lapan suspek,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu katanya, 30 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal satu meter semasa penganjuran majlis berkenaan.
Selain itu Christopher berkata, pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti kongsi gelap dan menjalankan upacara “triad” sesebuah kumpulan kongsi gelap.
Katanya, mereka yang terlibat sebagai ahli kumpulan kongsi gelap boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk kumpulan kongsi gelap kerana ia akan mendatangkan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.