Boleh ‘walk in’ ambil dos penggalak di semua PPV seluruh negara

Boleh ‘walk in’ ambil dos penggalak di semua PPV seluruh negara

Bagi PPV pusat pengamal perubatan swasta temu janji perlu dibuat bagi mengelak kesesakan.

Senarai PPV swasta dan PPV ‘offsite’ boleh disemak di laman web www.protecthealth.com.my dan ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
PETALING JAYA:
Vaksinasi dos penggalak untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas boleh diambil secara “walk-in” di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara bermula esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata, pemberian vaksin secara “walk in” di PPV sebelum ini terhad kepada empat venue, iaitu Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Axiata Arena Bukit Jalil, Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam dan Dewan Soka Gakkai di Klang.

“Senarai PPV swasta dan PPV ‘offsite’ boleh disemak di laman web www.protecthealth.com.my dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Jenis vaksin yang diberikan terhad kepada bekalan yang ada di setiap PPV. Individu yang ‘walk in’ dimohon agar mempunyai sijil vaksinasi yang lengkap dan MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang tidak mempunyai sijil digital kerana tiada telefon pintar perlu membawa kad vaksinasi fizikal ke PPV.

“Kementerian Kesihatan menjangkakan mobiliti penduduk meningkat dan lebih banyak aktiviti sosial memandangkan cuti Tahun Baharu Cina.

“Sehingga semalam, lebih 11 juta atau 49.3% penduduk telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.