5 lagi penarik kereta terlibat pergaduhan ditahan

5 lagi penarik kereta terlibat pergaduhan ditahan

Lima lelaki berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan di sekitar Pulau Pinang dalam beberapa siri serbuan semalam.

Semalam, polis menahan lima penarik kereta selepas video pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, yang dirakam orang awam, tular di media sosial.
GEORGE TOWN:
Polis menahan lima lagi penarik kereta dipercayai terlibat dalam pergaduhan membabitkan 20 individu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini dua hari lepas, menjadikan 10 ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong, berkata lima lelaki berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan di sekitar Pulau Pinang dalam beberapa siri serbuan semalam.

Beliau berkata, setakat ini 10 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu, namun dua daripada mereka dilepaskan dengan jaminan polis, manakala lapan lagi direman selama lima hari.

“Siasatan mendapati enam daripada mereka mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah. Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua mereka yang ditahan negatif (dadah),” katanya ketika dihubungi.

Semalam, polis menahan lima penarik kereta selepas video pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, yang dirakam orang awam, tular di media sosial.

Pergaduhan itu dipercayai berkaitan urusan menarik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain di situ.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.