
Majistret Wong Chai Sia mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.
Sementara itu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Ismahalil ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Jabatan Kimia yang mendapati berat dadah itu berkurangan daripada 409g kepada 374.6g.
“Bagaimanapun, kes itu masih bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.
Ismahalil, 49, didakwa mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 409g di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) ADB 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Turut hadir dalam prosiding itu ialah isteri Ismahalil, Nor Haslinda Abdul Manaf, 49, dan anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun.