
Katanya, pengalaman di Melaka menunjukkan logo PKR lebih dikenali dan penting untuk memenangi pilihan raya.
“Di kerusi kompetitif di mana PKR bertanding, setiap undi diambil kira.
“Saya mempunyai pengalaman langsung dalam pilihan raya Melaka bahawa logo PKR adalah penting,” katanya di Twitter
Terdahulu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata, PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam PRN Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan (PH).
Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
“Berhubung dengan logo, kita bersetuju PH atau logo yang dipilih oleh parti. Kita dah umum tadi kedua-dua (logo) PH untuk calon DAP dan Amanah dan PKR (guna) logo PKR,” katanya yang juga Presiden PKR.