
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Hazani Ghazali, berkata tindakan itu bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ini juga usaha kerajaan dalam mencegah penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Hazani, tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang gagal mematuhi SOP bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 324).
Rabu lepas, Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique mengumumkan SOP bagi sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang lebih longgar berbanding tahun lepas termasuk berkaitan kebenaran acara makan keluarga dan aktiviti ziarah.
Halimah berkata, antara acara dibenarkan adalah makan keluarga pada 31 Jan, upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Feb, sembahyang khas Hokkien Clan pada 8 dan 9 Feb serta aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam.
Turut dibenarkan adalah persembahan tarian singa, naga dan harimau yang tertakluk kepada SOP industri kreatif.