Guru KEMAS berpolitik amalan lama, dijangka tak timbul masalah, kata Mahdzir

Guru KEMAS berpolitik amalan lama, dijangka tak timbul masalah, kata Mahdzir

Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid, berkata isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu sama ada berpihak kepada kerajaan atau pembangkang.

Guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG, berbanding guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), yang mempunyai struktur perjawatan membabitkan jawatan di peringkat pengurusan, kata Mahdzir Khalid.
GUA MUSANG:
Kebenaran kepada guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik dilihat tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid, berkata hal ini kerana guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG, berbanding guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), yang mempunyai struktur perjawatan membabitkan jawatan di peringkat pengurusan.

“Sebenarnya dari dahulu lagi guru-guru boleh terlibat dengan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu sama ada berpihak kepada kerajaan atau pembangkang.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Kemas dibenarkan untuk berpolitik, berkuatkuasa serta-merta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.