
Serbuan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dalam Op Tapis Khas itu memberi tumpuan kepada sarang penagihan dadah di daerah tersebut, kata Ketua Polis Nilai Mohd Fazley Rahman.
“Serbuan yang dijalankan di beberapa apartmen (di Mantin) berjaya menahan 51 penagih berusia dari 24 hingga 60 tahun,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut laporan Harian Metro.
Katanya, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 32.5g dan syabu seberat 3.3g yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1,467.
“Semakan rekod jenayah ke atas semua tangkapan akan dibuat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan berulang mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.
“Sebahagian kes juga disiasat mengikut Seksyen 39B dan 12(2) ADB 1952,” katanya.
Pihak polis amat mengalu-alukan kerjasama serta maklumat orang awam dalam membanteras kegiatan penagihan dadah, tambahnya.